Seingat saya, saya tak pernah menulis entry dalam bahasa Melayu. Saya pun kurang pasti mengapa. Mungkin sebab saya tak pandai menulis dengan gaya bersahaja (casual)- akhirnya saya akan kelihatan sangat skema, seperti menulis karangan untuk Pn. Ehsan, guru BM saya di sekolah (Pn. Ehsan pun tak akan approve baca ayat-ayat ni! Minta ampun laa, cikgu).
Bagi saya, kalau nak menulis dengan bahasa harian kita, sudah pasti menggunung kesalahan-kesalahan tatabahasa yang akan saya buat (penggunaan perkataan, struktur ayat, dan sebagainya). Bunyinya macam sedikit poyo, tapi saya tak suka tulis ayat-ayat 'cincai', bahasa pasar. Sebab tu saya lebih selesa menulis dalam bahasa Inggeris kot, boleh tulis offhand, everyday entry tanpa (sama ada) melanggar undang-undang tatabahasa ataupun berbunyi seperti seorang sasterawan negara. Haha. I guess I'm just a weirdo.
Tentu ada yang tidak akan bersetuju dengan pandangan saya- mungkin memang ilmu bahasa saya yang cetek yang menghalang saya daripada menulis dengan baik secara informal (perkataan ni dah dimelayukan ke belum? ;p). Tapi tak mengapa, saya akan terus berusaha (memang sah poyo)!
Hari ini genap setahun sejak kami pertama kali menjejakkan kaki di bumi Volgograd. Perasaan saya? Bercampur-baur, tapi lebih kepada terkejut- "dah setahun ke?? Waaa...". Banyak yang saya pelajari sepanjang setahun menimba pengetahun di sini, meskipun kehidupan di universiti langsung tidak seperti yang saya terbayang-bayangkan semasa di bangku sekolah dulu... mungkin banyak sangat menonton TV. Pengaruh media massa! Haha. Alhamdulillah kehidupan saya secara keseluruhannya boleh dikatakan baik, dan saya berdoa agar Allah S.W.T. mengentalkan semangat saya untuk tahun-tahun mendatang.
Amin.
Our anniversary cake
7 comments:
Saya faham apa yang anda mahu katakan tentang kerisauan anda membuat kesalahan tatabahasa jika menulis dalam bahasa ibunda lantas lebih selesa menulis dalam bahasa Inggeris.
Ada banyak faktor yang mungkin menjadi punca kepada 'konflik' ini. Yang paling ketara saya pasti adalah penekanan yang amat keras dalam isu penggunaan tatabahasa yang betul sehingga para guru bahasa melayu meminggirkan pendidikan gaya menulis dalam bahasa ibunda kita. Mereka terlalu taksub ingin penuntut mereka sempurna dalam permasalahan nahu seolah2 mahu melahirkan klon-klon Prof Nik Safiya yang baru! Inilah faktor yang utama, saya percaya, membuat murid2 jadi bosan dan kurang berminat menulis dalam bahasa melayu.
Para pendidik bahasa melayu seolah2 telah mematikan minat murid2 mereka sendiri! Pendidik bahasa melayu patut sedar akan hakikat ini dan cuba menyampaikan ilmu bahasa melayu dengan lebih relaks dan menyeronokkan.
Apapun sedar tak sedar Sofi dah pun setahun di sana, di bumi sejuk penuh sejarah. Ya, Mak pon doakan supaya Allah swt sentiasa memberi perlindungan yang jitu kepada Sofi dan Kak Sarah dan mengentalkan semangat Sofi dan Kak Sarah di sana! Ameen! Selamat Berpuasa!
*Mak suka perkataan mengentalkan. Bunyinya sungguh licik sekali, :p*
sekarang ini bukan lagi zaman safiyah atau asmah tetapi muka-muka baru yang merasakan tatabahasa merekalah yang seharusnya digunapakai. Kaedah merekalah seharusnya bhahasa Melayu diguna dan disandarkan. Jesteru itu anak-anak kitalah yang menjadi mangsa sewaktu peperiksaan dengan soalan dan jawapan-jawapan yang hampir sinonim.
bagi anda yang buat julungkalinya menulis dalam bahasa melayu di blog anda, ingin saya rakamkan ucapan tahniah. anda perlu juga membaca novel melayu dan bacaan anda tidak harus hanya tertumpu kepada penulisan dalam bahasa Inggeris sahaja. dato' anda adalah seorang guru bahasa yang menulis buku bahasa yang digunapakai di sekolah sekolah pada penghujung enampuluhan dan awal tujuhpuluhan. saya yakin seni menulis dalam bahasa Melayu turut mengalir dalam darah anda.
selamat berbahasa Melayu.
Sofi,
Cokolat di atas kek tu nampak macam berudu sedang berenang-renang! Dan, saya pun sudah menulis dalam bahasa di blog!
selamat berpuasa semaoga di rahmati Allah. salam pada kak sarah. take care.
Ipos,
Syabas!
Sememangnya saya terperanjat beruk apabila melihat bahasa ibunda digunakan di laman blog Ipos yang selama ini didominasi oleh bahasa Ingeris.
"Alah bisa tegal biasa" itulah kata hikmah yang sering tertera di dinding sekolah era 70`an dahulu dan saya kira dengan lebih sedikit usaha dan persepakatan, kita boleh memulakan dominasi bahasa ibunda di laman blog tempatan. Sekiranya bukan kita, siapa lagi? Bahasa ialah budaya, terpinggir bahasa...lenyaplah budaya. Yang tinggal nanti hanyalah tangan berkulit gelap memegang garfu.
Salaam..
I understand what you mean about the whole "grammatical error" business. In English, your "bahasa pasar" is still gramatically correct. That's how I feel. Kalau cakap formal, orang kata pelik.
So, this is not a case of "I sound stupid when I speak Malay" right? Hehehehe..
Ayumi: Hehe... stupid? Like I've said- I feel like a sasterawan, more like! =)
Post a Comment